Dalam sebuah hutan, tinggal seekor katak yang bernama Kodok. Hampir semua binatang yang tinggal di dalam hutan itu menyisihkannya.
Ini kerana Kodok mempunyai rupa yang buruk dan kulit yang menggerutu. Kodok tidak mempunyai keluarga mahupun kawan. Kodok sangat sedih mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.