Walau bagaimanapun, Kodok tetap ingin berkawan dengan binatang-binatang lain. Kodok mengambil keputusan untuk mengembara kerana dia merasakan dirinya kesepian. Si kodok terserempak dengan Si kura-kura yang sedang bersiar-siar.
Tetapi malangnya, tanpa rasa simpati Si kura-kura menghina dan mengatakan Kodok mempunyai kulit yang hodoh dan menggerutu. Si kura-kura tidak sudi berkawan kerana dia jijik dengan kulit kodok tersebut. Si kura-kura merasakan kulitnya lebih cantik jika dibandingkan kulit kodok.