Stadium Merdeka
Stadium Merdeka terletak di Kuala Lumpur. Stadium ini digunakan bagi mengisytiharkan kemerdekaan Malaya (kini dikenali sebagai Malaysia) pada 31 Ogos 1957.Di sini jugalah, berakhirnya kuasa pemerintahan penjajah British di Malaya (tidak termasuk Singapura, Sarawak, dan Sabah). Stadium yang merupakan tempat lahir Persekutuan Malaysia ini juga merupakan tempat berlangsungnya pelbagai peristiwa utama negara.
Pada bulan Februari 2003, Stadium Merdeka telah diwartakan sebagai salah satu daripada bangunan warisan sejarah negara.