Terdapat pelbagai sebab yang menjadikan seseorang itu kidal. Antaranya ialah apabila tangan kanan
seseorang tercedera dan mereka terpaksa belajar menggunakan tangan kiri. Lama-kelamaan,
mereka akan lebih selesa menggunakan tangan kiri. Namun teori yang popular adalah kidal diwarisi secara genetik.
Kenapa kita tidak sakit apabila memotong kuku?
Ini disebabkan kuku kita tidak mempunyai saraf deria. Tetapi sekiranya kuku kita terkena hentakan tukul, kesakitan dapat dirasai. Ini kerana hentakan tersebut mengenakan daya yang kuat sampai ke isi kuku yang mengandungi banyak saraf deria. Kuku bukan merupakan tisu hidup maka kuku tidak mempunyai bekalan darah. Sekiranya terkoyak atau dipotong, tiada pendarahan yang akan berlaku pada kuku. Kelebihan ini membolehkan kita berupaya memotong kuku dengan kemas tanpa perlu menjerit kesakitan setiap kali berbuat demikian!