Katakan anda diberi nombor dua digit yang berakhir dengan 5, contohnya, 35. Darabkan digit pertama dengan nombor yang paling hampir dengannya. Dalam kes ini, 3 terletak berhampiran dengan 4, maka 3 x 4 = 12. Akhir sekali, tambahkan 25 di hujung jawapan tadi. Nombor tersebut akan menjadi 1225. Bandingkan dengan cara biasa mendapatkan jawapan untuk nombor kuasa dua, iaitu 35 x 35 = 1225. Jawapan yang sama! Menarik, bukan?
Pretzels - Satu Snek Matematik!
Tentu anda pernah melihat snek lazat yang dinamakan sebagai pretzel. Bentuknya yang unik dan rasanya yang sedap pasti memikat selera sesiapa sahaja. Menariknya, keistimewaan pretzel bukan sekadar pada bentuk dan rasa. Malahan pada kaitannya dengan matematik! Dapatkan beberapa pretzel
dan cuba patahkannya menjadi nombor. Menakjubkan, bukan?