Sukan Komanwel adalah sukan antarabangsa yang diadakan 4 tahun sekali (kecuali pada 1942 dan 1946 semasa berlaku Perang Dunia II). Acara ini pertama kali diadakan pada tahun 1930 di Hamilton, Ontario, Kanada. Namanya berubah menjadi Kerajaan British dan Sukan Komanwel tahun 1954. Kemudian kepada Sukan Komanwel British pada tahun 1970 dan akhirnya mengambil nama Sukan Komanwel pada tahun 1978.
Maskot Temasya Sukan Commonwealth Delhi 2010
'Shera' adalah maskot rasmi untuk sukan Komanwel 2010. Namanya berasal dari 'Sher', perkataan hindi yang bermaksud harimau. Shera dipilih berdasarkan statusnya sebagai haiwan kebangsaan India. "Come out and play" merupakan moto rasmi Shera dan Sukan Komanwel 2010. Shera dikatakan mewakili India moden, bersikap positif, bangga dengan warisan bangsanya dan merupakan pesaing yang hebat tetapi tetap bersikap penuh integriti dan jujur.