Menurut Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (World Meteorological Organization - WMO), ribut petir adalah kejadian pengaliran cas elektrik melalui gas atau udara (nyahcas elektrik).
Fenomena ini mudah berlaku apabila udara di atmosfera lembab dan tidak stabil. Awan kumulus akan terbentuk apabila udara lembab naik ke tempat yang tinggi (altitud) dari paras laut dan menjadi wap (mengewap). Awan ini akan berkembang sehingga 3-5 kilometer (diameter) dan ketinggiannya melebihi 10 kilometer.
Ribut petir akan berlaku sekitar bulan April hingga Mei dan Oktober hingga November, kerana perubahan monsun (angin bermusim). Ia berlaku selama 15-30 minit pada satu-satu masa. Selain kilat dan guruh, ia juga boleh mengakibatkan hujan batu, hujan lebat, angin kencang, banjir kilat dan tanah runtuh.