Sekilas pandang, memang tiada perbezaan ketara yang dapat dilihat. Namun apabila dibandingkan, ternyata saiz viola lebih besar daripada biola. Perbezaan turut dapat dilihat dari segi pembetulan nada di mana biola mempunyai tali nada E, A, D dan G manakala viola A, D, G dan C. Kedua-dua pembetulan nada dan saiz menerangkan perbezaan keupayaan nada di mana biola memiliki kelebihan mencapai nada lebih tinggi berbanding viola disebabkan saiz viola yang lebih besar sehingga sedikit menyukarkan capaian tangan ke tali nada tersebut.
Apa itu biola?
Biola atau violin merupakan sejenis alat muzik bertali daripada keluarga viola, bass viol dan cello. Biola merupakan satu instrumen berongga dengan leher panjang dan empat tali nada. Biola biasanya dihasilkan daripada maple atau cemara. Biola terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu jambatan, peti suara, kotak pasak, papan jari, penyangga dagu, bar bass, tailpiece, belakang dan lubang bunyi.