Okeh okeh tadi main-main saja ^O^
Kali ini serius hehehe...
Lagu tradisional jepun yang saya tahu adalah lagu Momotarou. Siapa Momotarou? Dia inilah budak dalam lagenda. Dikatakan ditemui sepasang suami isteri yang teringinkan anak. Suatu hari, pasangan suami isteri ini terjumpa buah pic yang besar.
Ingat nak makanlah buah ni. Sekali bila potong, dalam dia ada bayi lelaki. Bayi ini dinamakan Momotarou.
Bila Momotarou dah besar sikit, dia ada dengar pasal para Oni (raksaksa) suka kacau penduduk kampung. Dia pun bertekadlah nak selamatkan semua orang daripada gangguan makhluk bukan manusia tu. Tapi dia nak kena pergi Onigashima, pulau kat mana raksaksa-raksaksa tu tinggal. Mak dia pun sediakanlah "kibidango", sejenis makanan jepun macam pau, khas untuk Momotarou bawak sebagai bekalan dalam perjalanan dia.
Dalam perjalanan dia, dia terjumpa seekor anjing yang lapar. Anjing tu minta seketul kibidango. Momotarou kata, kalau nak, ikutlah dia bersama-sama tewaskan Oni. Anjing tu pun setuju. Lapar punya pasal kot hahaha...
Tak lama lepas tu, terjumpa pula monyet yang lapar. Dia pun nak kibidango sebiji. Momotarou pun kata boleh saja tapi kena tolong dia tewaskan Oni. Monyet tu pun setuju demi nak makan kibidango yang nampak menyelerakan tu.
Tak lama lepas tu, ada pula burung pheasant nak juga kibidango tu. Seperti mana anjing dan monyet, dia pun bersetuju tolong Momotarou untuk tewaskan Oni.
Mereka semua pun pinjam bot dari seorang nelayan untuk belayar ke Onigashima. Sampai saja kat sana, pertarungan pun bermula. Lawan punya lawan, akhirnya para Oni pun tertewas. Momotarou pulang ke kampung dia bersama kawan-kawan barunya dan juga harta karun yang amat banyak. Sekian, tamatlah cerita ringkas pasal Momotarou hehehe...
Yang tanda soal banyak-banyak tu sebenarnya tulisan kanji bahasa jepun. Tapi mungkin komputer tak dapat baca. Takpelah. Yang itu, boleh korang cari sendiri kat internet ya. Saya ada sediakan versi romaji dia ... ^__^
(romaji = tulisan kanji yang di-rumi-kan untuk mudah disebut)
Lagu Momotarou <-- klik untuk dengar (harap-harap link ni jadi ^O^)
???????????
momotarou san, momotarou san
Momotarou, Momotarou
Momotarou, Momotarou
???????????
okoshi ni tsuketa kibidango
That kibidango (millet dumplings) on your hip,
Kepalan kibidango di pinggang itu
?????????
hitotsu watashi ni kudasai na!
won't you give me one!
bolehkah berikan saya satu!
?????????????
agemashou, agemashou
I'll give you, I'll give you
Saya beri, saya beri
????????
ima kara oni no seibatsu ni
From now, the Oni's spoil,
Mulai sekarang, selepas tewaskan Oni (raksaksa)
?????????????
tsuite kuru nara agemashou
if you come with, I'll give it to you.
jika ikut bersama saya, saya berikan (kibidango) kepada awak
edited by: koromyst, Feb 11, 2008 - 02:46 PM