to LetzHop.com
   
 

Goto page: 1 - 2 [+1]

Bottom
Lawak!
  • Posted: 18.06.2008, 08:25
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Tidak Mahu Masuk Syurga

    Suatu hari seorang guru tadika bertanya kepada murid-muridnya, "Anak-anak, siapa yang mahu masuk syurga?"
    Spontan anak-anak itu menjawab, "Saya!!"
    Tapi ada seorang anak yang tak menjawab, lalu ditanya oleh gurunya, "Nak, kenapa kamu tidak mahu masuk syurga?"
    Anak itu pun menjawab, "Mak suruh saya masuk askar?".

    icon_lol
  • Posted: 18.06.2008, 08:28
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Kisah Pengemis dan Pelajar Universiti

    Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.
    Mahasiswa : "Sudah lama mengemis di sini pakcik?"
    Pengemis : "Ya... lebih kurang sudah 8 tahun, nak.
    Mahasiswa : "Wah, sudah lama juga ya pakcik. Sehari biasanya dapat berapa, pakcik?"
    Pengemis : "Paling sedikit RM 50.00 nak ..."
    Mahasiswa : "Banyak juga ya, pakcik."
    Pengemis : "Bolehlah, nak. Untuk keluarga..."
    Mahasiswa : "Ehhhh... keluarga ada di mana?"
    Pengemis : "Anak pakcik semuanya ada 3 orang. Yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor. Yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang..."
    Mahasiswa : "Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni... boleh tahan juga yerrr.. Eh.. Anak pakcik tu semuanya masih belajar?"
    Pengemis : "Tak arrrrrr.... semuanya mengemis seperti pakcik..."

    icon_lol
  • Posted: 18.06.2008, 08:39
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Tiga Sahabat Sejati Tak Sejiwa

    Ada tiga sahabat, satu kura-kura, satu lagi katak dan yang terakhir sekali ulat gonggok. Suatu hari kura-kura mengundang dua temannya ke rumahnya kerana mengadakan jamuan secara kecil-kecilan. Jadi, mereka bertiga berpesta kecil di rumah kura-kura. Setelah asyik berbual, makan, minum dan lain-lain, si katak tiba-tiba berkata, "Eh... dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la. Korang perasan tak?"

    "Ha ah laa... patutlah. Air dah habis rupanya!" kata si ulat gonggok.
    Kura-kura: "Iya lah. Maaflah, saya lupa pula untuk sediakan stok banyak-banyak. Kita beli jer kat warung depan tu! Tolong belikan, katak."
    Katak: "Kenapa aku pulak? Kau kan tuan rumah!"
    Kura-kura: "Ye la... tapi bertahun la korang nak menunggu. Aku kan kura-kura. Siapa lagi cepat, dialah pergi."
    Katak: "Kalau begitu, mintak je ulat gonggok tolong.
    Kura-kura: "Oh iya tak ya juga. Ulat gonggok, tolonglah pergi."
    Ulat Gonggok: "Aiyaa... Korang ajelah pergi."
    Katak: "Alaaa... pergi saja la. Kita orang dah undi kau."

    Akhirnya si ulat gonggok terpaksa mengalah lalu pergi juga untuk membeli air. Si Katak dan Kura-kura menunggu. Lima minit menunggu, si ulat gonggok tak tiba juga. 10 minit... 20 minit... satu jam... dan sampai tiga jam ulat gonggok masih tak sampai-sampai.

    Katak: "Ulat gonggok pergi mana hah tak sampai-sampai?"
    Kura-kura: "Iya la... risau jugak. Jom kita cari!"
    Katak: "Jom..!"

    Bila saja kura-kura buka pintu, ulat gonggok sudah pun berada di depan pintu.
    Kura-kura: "Hah itu pun dia!"
    Katak: "Mana airnya? Mulut aku dah kering sangat ni!"
    Ulat Gonggok: "Apa air-air? Aku jalan pun belum!"
    Katak: " Haah tak bergerak lagi?! Jadi dari tadi buat apa?"
    Ulat Gonggok: "Yeeeeeeeeelaaaaa... korang tak nampak ke ni? Aku tak habis lagi PAKAI KASUT!"

    icon_lol
  • Posted: 18.06.2008, 08:48
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Business Man Berlagak

    Ini cerita tentang seorang pemuda iaitu Encik Mamat yang baru sahaja membuka satu pejabat baru. Pejabat beliau tidaklah banyak sangat barangan pejabat yang diisinya. Di dalamnya terdapat 3 buah meja dan kerusi setiap satu bersama almarinya. Terdapat juga beberapa peralatan menulis dan sebuah telefon.

    Dia merupakan ketua di pejabat tersebut. Selepas mengemas bilik pejabat, dia pun berehat di dalam biliknya Tiba-tiba pintu pejabat diketuk dari luar. "Ah! Mesti pelanggan datang ni!" Lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu itu masuk. Masa itu juga dia mengangkat telefon dan mula berpura-pura berbual mengenai satu projek besar di depan orang yang baru tiba tadi.

    Orang yang datang tadi hanya duduk diam tidak berkata apa-apa. Bila sudah puas bercakap di talian, sampailah masa dia meletakkan telefon itu. Lalu dia pun berpaling ke arah tetamunya lalu berkata, "Err... maaflah. Sibuk sikit. Maklumlah projek tu... projek ni... tak boleh nak biar. Kena aturkan appointment dengan client lah itulah inilah. Jadi, boleh saya bantu?"

    Dengan selamba, tetamunya berkata, "Err... saya sebenarnya dari Syarikat Telekom. Saya datang ni nak sambungkan talian telefon!"

    icon_biggrin
  • Posted: 20.06.2008, 03:41
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Life is difficult!

    Life is difficult,

    Full of trials,

    Sorrow,

    Pain,

    But if you fall down, just stand up straight, be confident & say ...

    "KURANG AJAR! SAPE TOLAK!?"

    icon_lol
  • Posted: 20.06.2008, 03:47
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Hantu dan Gadis Melayu

    Ada satu kampung yang penduduknya sering di ganggu oleh hantu. Yang peliknya hantu itu cuma mengganggu gadis melayu sahaja. Seorang bomoh akhirnya bertanya pada hantu itu, "Kenapa kau kacau gadis melayu sahaja?"

    Nak tahu hantu jawab apa?

    "Siapa bilang gadis melayu tak menawan... tak menarik hati... tiada memikat..."

    Lagu Jamal Abdillah.

    Terus bomoh memberikan sedas penampar. Sejak hari itu, hantu itu tidak lagi mengganggu gadis melayu lagi.

    icon_lol
  • Posted: 20.06.2008, 03:52
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Puzzle Game

    Tahniah! HP anda telah dilengkapi puzzle game. Caranya mudah saja.
    Lemparkan HP anda ke dinding dan susunkannya kembali.
    Selamat Mencuba!

    icon_lol
  • Posted: 20.06.2008, 04:00
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Tempat Pertama

    Pada suatu hari, Ali memberikan emaknya buku laporan.
    Emak: Hah! tempat ke 35. Kenape teruk sangat? Pernahkah Ali mendapat tempat pertama?
    Ali: Tentulah pernah!
    Emak: Bila?
    Ali: Apabila bunyi loceng pulang atau rehat, sayalah orang pertama yang keluar dari kelas.
    Emak: ???

    icon_lol
  • Posted: 20.06.2008, 06:44
     
    mijusama
    rank:
    Posted a few! Posted a few!
    registered:
     May 2007
    Status:
    offline
    last visit:
    30.06.08
    Posts:
    13

    Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
    Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya.

    Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

    Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.

    Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.




    Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam
  • Posted: 23.06.2008, 08:33
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Malu!

    Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan, pemain-pemain bola sepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu, Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

    Hashim yang menyamar sebagai koboi, berjalan-jalan ke kedai di kampungnya. Tiba-tiba seorang nenek menegurnya, "Hey, Hashim!"

    Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang, dia segera mengubah penyamarannya. Kali ini sebagai Syeikh Arab. Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang. Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek tadi. Dalam hatinya berkata, dia takkan mengenali aku lagi.

    Tiba-tiba nenek berkata, "Hey, Hashim!"

    Kerana kehairanan yang amat sangat kerana masih juga dikenali, Hashim lantas bertanya, "Maaf, bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

    Nenek itu menjawab, "Laaaa... engkau ni... ini aku laaa... Roslan!"

    icon_lol
  • Posted: 23.06.2008, 08:44
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Alahai menantuku...

    Pak Kasim seorang yang tamak harta. Dia menawarkan anak dara suntinya yang cun melecun kepada golongan yang kaya raya sahaja. Suatu hari, datanglah Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak Pak Kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.

    Setelah 3 hari berkahwin, Seman masih duduk di rumah mertuanya. Setelah azan maghrib berkumandang, Pak Kasim mengajak Seman untuk solat maghrib berjemaah. Seman mula berasa gelabah. Sebelum ini, dia tidak pernah solat. Lalu Seman masuk ke dalam bilik untuk menemui isterinya.

    "Yang, macam mana ni? Abang tak penah solat ni!"
    "Takpe, bang. Abang ikut je apa yang ayah buat," isterinya berbisik perlahan.

    Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. Setelah Pak Kasim takbir, Seman ikut takbir. Lalu Pak Kasim membaca surah al-Fatihah... "Bismillahirrahmanirrahim..."

    Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "Bismillahirrahmanirrahim..."

    Aisyh! Pelik menantu aku ni. Mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku, imam je yg baca kuat, getus hati Pak Kasim. Pak Kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-Fatihah. Seman pun turut membaca surah al-Fatihah dengan kuat seolah-olah seorang budak yang baru hendak belajar mengaji. Pak Kasim pelik lalu dia terus berpaling ke belakang untuk melihat Seman. Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim.

    "Ish! Gila ke menantu aku ni?!" Pak Kasim berjalan ke depan untuk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah.

    Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman.

    "Seman, pasal apa yang kau ikut ayah sampai ke sawah ni?"

    "Ayah, susah juga ye nak solat maghrib ni. Baru saya tau. Sampai kena berlari..."

    icon_lol
  • Posted: 23.06.2008, 08:51
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Pisau

    Suatu hari di tengah hutan, ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan, seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah.

    Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan akan dihukum.

    Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.

    "Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu.

    Tiada seorang pun yang berani mengaku. Kemudian pelajar senior itu menambah,

    "Ayuh cepat! Mengaku saja laaa... Lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

    Masih tidak ada jawapan dari para pelajar lain.

    "Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya!!"

    Pelajar-pelajar masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

    "STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

    icon_lol
  • Posted: 23.06.2008, 08:56
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Nak Tahu Tapi Malu Tanya

    Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.

    Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"

    Orang Asli : "Yang ini... sepopit sebiji."

    Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu. Samdol buat-buat tahu dan cuba menawar harga.

    Samdol : "Bang, boleh kurang sikit tak?"

    Orang Asli : "Boleh aje. Nak kurang berapa?"

    Samdol : "Lahupa... boleh ya!"

    Penjual orang asli itu kebingungan lalu bertanya pada Samdol.

    Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"

    Samdol : "Cakap dulu... Sepopit itu berapa?"

    icon_lol
  • Posted: 23.06.2008, 09:32
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Air Dalam Besi, Api Dalam Kaca

    Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya. Kampung ini tiada bekalan elektrik dan air. Di kampung itu tinggal satu keluarga yang miskin, Awang dan maknya, Cik Kiah.

    Menyedari mereka miskin, Cik Kiah selalu memotivasikan anaknya supaya belajar betul-betul untuk masa depan yang lebih gemilang dan anggun. Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha serta kesabarannya, Awang telah berjaya di dalam pelajaran.

    Dengan kelulusan yang ada, Awang telah berjaya mendapatkan kerja dengan kerajaan tetapi masalahnya, tempat kerja tersebut di Penang. Sayu juga hati hendak meninggalkan emaknya seorang diri. Yalah... takut juga nanti orang mengurat mak dia. Siapa susah? Dia jugak nanti yang susah tak pasal-pasal dapat bapak tiri.

    "Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang tu?" soal Awang penuh bimbang. "Cek risaulah kat mak," sambungnya lagi.

    "La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la. Mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat. Hang pi lah, untuk masa depan hang jugak," balas maknya.

    "Lagipun bukan senang nak dapat keja dengan kerajaan. Hang carilah satu kampung. Mana dapat? Hang ni kira champion ooo..." kata maknya bangga.

    "Terima kasih, mak. Awang janji takkan lupakan mak. Kalau free-free tu Awang akan bawak mak pi sana" Awang berjanji kepada emaknya.

    Maka dengan perasan sedih, Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana, kerajaan sudah sediakan tempat tinggal (kuarters) untuk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat di kuarters tempat dia duduk tu.

    "Wah... selesanya," kata Awang. "Aku mesti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kehebatan tempat ni," bisik Awang.

    Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampungnya. Balik bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat-lompat kegembiraan melihat anaknya berpakaian agak moden dan bergaya (culture shock la ni). Kerinduan Awang dengan emaknya turut terubat setelah mereka berjumpa.

    "Mak, syiok la dok kat Penang. Macam-macam ada. Mak tahu tak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca!" kata Awang sengaja mensensasikan keadaan agar emaknya tertarik.

    "Apa dia? Ayaq dalam besi, api dalam kaca? Awang oii... hang bawak la mak pi tengok. Teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu," pinta emaknya tergedik-gedik dan bersugguh-sungguh.

    Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya Cik Kiah tidak terkata, maklumlah tidak pernah ke Penang sebelum ini. Dalam perjalanan, macam-macam yang ditanya oleh Cik Kiah pada Awang. Sampai temengah-mengah Awang melayani pertanyaan emaknya.

    Setibanya di rumah, tercangak-cangak Cik Kiah apabila dalam rumah Awang, ada radio, ada kusyen dan lain-lain. Woih... memang seperti yang pernah diceritakan oleh Awang. Memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada di kampung mereka. Bangganya Cik Kiah dengan semua benda-benda tu.

    "Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua orang kampung," bisiknya riang.

    "Eh, Awang. Hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik.

    "Ni ha dia api dalam kaca tu," balas Awang sambil menekan suis lampu menyebabkan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyala.

    "Eh, baik-baik! Sat ni meletup pulak kaca tu," luah Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tetapi terpesona.

    "Eh, dak aih mana boleh meletup. Api ni memang depa design dok dalam kaca. La ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam," kata Awang meyakinkan mak dia.

    Oh... kini tanda tanya Cik Kiah tentang api dalam kaca sudah terjawab.

    "Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni," kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jiran-jirannya, Piah, Timah, Senah dan lain-lain yang pasti akan terpegun den terkejut nanti.

    "Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi, mana pulak?" soal Cik Kiah tak sabar-sabar.

    "Tu ha, ayaq dalam besi tu," tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam tandas rumahnya.

    "Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah-susah cedok ayaq kat telaga, noo??" kata Cik Kiah semakin bangga.

    Bertambah lagilah modal nak bercerita kepada jiran-jiran di kampung nanti.

    "Eh, mak. Cek lapaq la. La ni Cek nak pi kedai sat beli makanan. Mak dok sat. Sat ni cek balik la," kata Awang.

    "Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni," jawab Cik Kiah.

    Setengah jam kemudian, baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk saja dalam rumah dilihatnya emaknya sedang berehat-rehat.

    "Ha, mak dah sembahyang ka?" tanya Awang.

    "Dah," jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni. Awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? Tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau!" komen Cik Kiah lagi.

    "Telaga? Mana ada telaga dalam rumah macam ni? Kat kampung kita ada la..." tanya Awang.

    "Ni apa dia? Bukan ka tu telaga kecik? Cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk ke arah mangkuk tandas dalam tandas rumah Awang.

    La Usurpadora... Awang seakan hendak terpengsan apabila mendengar penerangan emaknya. Rupanya dia terlupa untuk mengajar emaknya air dalam besi itu kena dipulas kepala paip itu dulu untuk mengeluarkan air. Takdelah emaknya mencedok air dalam "telaga kecik tu"...

    Uwaaaaaaa...

    icon_lol
  • Posted: 24.06.2008, 02:39
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Pandangan

    Ada seorang wartawan yang sedang menemuramah seorang Pakcik tua...

    Wartawan: Apa pandangan pakcik tentang remaja kita pada hari ini?

    Orang tua: Urmm... pandangan saya kabur-kabur...

    Wartawan: ...

    icon_lol

Goto page: 1 - 2 [+1]

Bookmark & Share: Mister Wong iconTechnorati iconDigg icondel.icio.us iconma.gnolia iconFurl iconNewsvine iconReddit iconYahoo MyWeb iconBlinkbits iconGoogle iconSimpy iconBlogmarks icon