to LetzHop.com
   
 

Goto page: [-1] 1 - 2

Bottom
Lawak!
  • Posted: 24.06.2008, 02:51
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    KHAS UNTUK LELAKI : CARA-CARA NAK KONTROL MALU

    a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur di opis hingga meleleh air liur basi, terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berhenti ketawakan korang.

    b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali, teruskan menganggap dia kenalan korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya!

    c. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka, jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen terkini atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak'.

    d. Bercakap seorang diri kerana member ketinggalan di belakang, teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sorang-sorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

    e. Tersilap masuk tandas wanita, buat-buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam masuk tadi tapi tak keluar-keluar lagi.

    icon_lol
  • Posted: 24.06.2008, 03:03
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Kacang

    Suatu petang, datang seorang lelaki berumur ke klinik kerana telinganya dimasukki biji kacang hijau semasa dia pergi membeli kacang hijau di pasar.

    Doktor : Hai, selamat petang, encik. Ada masalah apa?

    Pesakit : Telinga saya telah dimasukki biji kacang hijau, doktor.

    Doktor : Oh? Takpe. Biar saya periksa telinga awak...

    ( setelah diperiksa )

    Doktor : Ada 2 cara saja untuk mengeluarkan biji tersebut.

    Pesakit : Apa caranya, doktor?

    Doktor : Pembedahan kecil kosnya RM2000 dan pilihan kedua cuma percuma sahaja...

    Pesakit : Mahal sangat la pembedahan tu, doktor. Yang percuma tu bagaimana, doktor?

    Doktor : Yang percuma tu cuma kena sabar je.

    Pesakit : Baik! Saya akan bersabar tapi macam mana caranya?

    Doktor : Anda perlu menyiram air ke dalam telinga dua kali sehari dan bila sudah jadi tauge, anda cuma menarik tauge tu keluar sahaja...

    Pesakit : Cettt...

    icon_lol
  • Posted: 24.06.2008, 03:27
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    2 sudu

    Sudin sakit tenat. Dia kemudiannya menemui Doktor...

    Doktor : Haaa... itulah! Aku suruhh kamu masuk hospital kamu tak nak. Takpe la kamu tak nak. Bukan aku yang akan pergi nanti tapi kamu hehe... jadi kamu kena makan mengikut jadual yang saya bagi. Ubatnya, kamu kena makan 2 sudu. Ada faham?

    Pesakit : Faham, doktor. Tapi tak boleh la, doktor...

    Doktor : Kenapa pula tak boleh?

    Pesakit : Saya ni orang susah. Kat rumah saya ada cuma ada 2 sudu saja. Jadi, macam mane ni, doktor?

    Doktor : Ada yang nak kena sumbat dengan sudu ni karang...

    icon_lol
  • Posted: 01.07.2008, 02:02
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Bahaya Mengintai

    Suatu hari, seorang pemuda berjalan di tepi sebuah pusat rawatan mental yang kebetulannya berpagar kayu yang amat tinggi dan teguh. Sedang dia melangkah, dia terdengar jeritan para pesakit di situ.

    "Tiga belas! Tiga belas! Tiga belas!"

    Disebabkan perasaan hairan bercampur curiga serta semangat ingin tahu yang kuat, pemuda itu cuba mencari celahan di pagar kayu itu untuk melihat apa yang sedang berlaku di sebalik dinding yang teguh itu.

    Nasibnya baik kerana menemui sebuah lubang kecil. Dia kemudiannya segera mengintai.

    CUK!

    "Aduuuuhhhh!!!" si pemuda terkejut beruk sambil memegang matanya yang baru saja dicucuk dengan sebatang ranting.

    Di sebalik dinding pula, para pesakit mental kembali berteriak dengan riang.

    "Empat belas! Empat belas! Empat belas!"

    icon_lol
  • Posted: 10.08.2008, 06:24
       
    ilah
    rank:
    Getting used to posting! Getting used to posting!
    registered:
     August 2007
    Status:
    offline
    last visit:
    22.08.08
    Posts:
    34
    "bila hidupmu dalam kegelapan....."
    berdoalah....dan apabila selesai berdoa,jika kegelapan masih mengelilingimu, maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu.....
    icon_lol
  • Posted: 15.08.2008, 00:16
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Cara-cara nak cover malu bila terjatuh

    1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

    2. Kalau terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

    3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

    4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..

    5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

    6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalau takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

    7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

    Petua ini adalah rekaan semata-mata, kalau nak ikut, anda pikirlah sendiri.... icon_lol
  • Posted: 15.08.2008, 09:00
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Basuh Kucing

    Satu hari seorang pelajar mengadu kepada gurunya sambil menangis.

    Pelajar itu menjelaskan, "Kucing saya mati lepas saya basuh dia, cikgu. Huhuhu..."

    Gurunya berasa kasihan lalu bertanya, "Teruk sangat ke kamu basuh kucing tu?".

    Pelajar itu pun menjawab, "Tak ada la teruk sangat, cikgu. Saya cuma masukkan dia dalam mesin basuh je..."

    "Erk!"

    icon_lol
  • Posted: 15.08.2008, 09:07
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Dakwat Habis!

    Seorang bapa sedang meneliti kad laporan anaknya dengan penuh khusyuk. Setakat manakah pencapaian akademik anaknya? Adakah anaknya begitu cemerlang di sekolah? Hatinya yang berbunga harapan mula gusar apabila melihat terlalu banyak tulisan merah di dalamnya.

    "Kenapa semua merah sangat?!" soal ayahnya tidak puas hati kerana ternyata anaknya itu terbukti sememangnya lemah dalam pelajaran.

    Anaknya dengan selamba menjawab, "Agaknya dakwat pen biru cikgu dah habis kot."

    icon_lol
  • Posted: 18.08.2008, 03:45
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Buat Apa Tu?

    Pak Ajis : Kamu sedang buat apa, Wan?
    (Cuba melihat apa yang sedang dilakukan oleh Wan)

    Wan : Sedang melukis kuda makan rumput.
    (Melukis sesuatu di atas kertas penuh khusyuk)

    Pak Ajis : Mana rumputnya? Tak nampak pun kamu lukis rumput.

    Wan : Sudah dimakan kuda...

    Pak Ajis : Eh? Kuda pun kamu tak lukis!

    Wan : Buat apa kuda nak ada kat situ lagi kalau rumput dah habis.

    Pak Ajis : Ceh...

    icon_lol
  • Posted: 18.08.2008, 03:51
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Bergayut atau Bergayut-gayut?

    Ali: Man! Man! Kau tengok monyet kat zoo, bergayut ke bergayut-gayut?

    Man: Tentulah bergayut-gayut.

    Ali: Apalah kau ni. Tengok monyet sampai bergayut-gayut. Hahaha!

    Man : Ceh...

    icon_lol
  • Posted: 18.08.2008, 03:53
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Telur Tak Boleh Makan!

    Sedang Ali bersarapan nasi lemak telur...

    Adik : Abang, ini ada berita hangat!

    Ali : Apa dia?

    Adik : Telur tak boleh makan.

    Ali : Kenapa? Ada wabak ke?

    Adik : Memanglah telur tak boleh makan sebab telur tak ada mulut.

    Ali : Ceh. Adik kalau bab kenakan orang memang pandai...

    Adik : Hehehe...

    icon_lol
  • Posted: 20.06.2010, 08:41
     
    balqis_humairah
    rank:
    Regularly posting! Regularly posting!
    registered:
     June 2010
    Status:
    offline
    last visit:
    06.09.10
    Posts:
    53
    so funny icon_lol icon_lol icon_biggrin icon_biggrin

Goto page: [-1] 1 - 2

Bookmark & Share: Mister Wong iconTechnorati iconDigg icondel.icio.us iconma.gnolia iconFurl iconNewsvine iconReddit iconYahoo MyWeb iconBlinkbits iconGoogle iconSimpy iconBlogmarks icon