to LetzHop.com
   
 
Bottom
'Dah Sampai Ipoh Ke Belum?'
  • Posted: 30.06.2008, 07:09
     
    azlyazmi
    rank:
    Posted a few! Posted a few!
    registered:
     January 2007
    Status:
    offline
    last visit:
    30.06.08
    Posts:
    9
    Suatu hari, ibu Ah Beng menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar.

    Ibu itu berpesan pada pemandu bas;

    "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh...cakap pada anak saya."

    Sepanjang perjalanan, Ah Beng cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya;

    "Sudah sampai Ipoh belum?"

    Hari mulai malam dan Ah Beng masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab;

    "Tidur aje la.. Belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

    Tapi Ah Beng tidak mahu diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

    "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?"

    Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata,

    "Belum! Tidur aje la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pakcik kejutkan kamu ya..!"

    Suara Ah Beng tidak kedengaran lagi. Semua orang di dalam bas lupa pada Ah Beng dan sehingga sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya.

    Hinggalah melepasi Alor Setar. Ah Beng masih tidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa mengejutkan Ah Beng. Lalu dia bertanya kepada para penumpang;

    "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. Bagaimana ni..? Perlukan kita hantar semula Ah Beng?"

    Para penumpang juga berasa bersalah kerana turut melupakan Ah Beng dan setuju menghantar budak itu kembali ke Ipoh. Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh. Sesampai di Ipoh... Ah Beng dibangunkan.

    "Ah Beng! Sudah sampai di Ipoh! Cepat bangun!" Kata pemandu bas itu dengan sopan.

    Ah Beng bangun dan berkata;

    "Oh, dah sampai ya!" Lalu Ah Beng pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan bekal nasi bungkusnya.

    Seluruh penumpang kehairanan.

    "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" Tanya pemandu kebingungan.

    "Taklah.. mama saya pesan.. kalau dah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni..." balas Ah Beng dengan mulutnya penuh dengan nasi.
  • Posted: 01.07.2008, 01:39
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Mesti bengang sebab terpaksa berpatah balik untuk dia makan nasi bekal dia icon_lol
  • Posted: 20.07.2008, 03:05
       
    ilah
    rank:
    Getting used to posting! Getting used to posting!
    registered:
     August 2007
    Status:
    offline
    last visit:
    22.08.08
    Posts:
    34
    memang pun...... icon_lol
  • Posted: 28.07.2008, 02:24
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Mesti pemandu bas hantuk kepala dekat stereng sebab bazir minyak bas je patah balik icon_lol
  • Posted: 10.08.2008, 07:02
       
    ilah
    rank:
    Getting used to posting! Getting used to posting!
    registered:
     August 2007
    Status:
    offline
    last visit:
    22.08.08
    Posts:
    34
    tak tau la apa yang pemandu tu akan kata kat mama budak tu.... icon_lol
  • Posted: 11.08.2008, 08:49
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Mesti dia pun tepuk dahi kata laaa anakkuuuu~ icon_lol
  • Posted: 12.08.2008, 08:51
       
    ilah
    rank:
    Getting used to posting! Getting used to posting!
    registered:
     August 2007
    Status:
    offline
    last visit:
    22.08.08
    Posts:
    34
    Boleh saya tanya?
    Disini hanya bab "Dah Sampai Ipoh Ke Belum?" saja ke?
  • Posted: 16.08.2008, 05:47
     
    Ren
    rank:
    Getting used to posting! Getting used to posting!
    registered:
     August 2008
    Status:
    offline
    last visit:
    26.02.09
    Posts:
    22
    mungkin.. icon_biggrin
  • Posted: 18.08.2008, 03:38
     
    koromyst
    rank:
    Getting close to 450! Getting close to 450!
    registered:
     April 2006
    Status:
    offline
    last visit:
    16.12.11
    Posts:
    357
    Koleksi lawak yang lain boleh didapati dekat thread-thread yang saya buat xD
    Kat sini memang "Dah Sampai Ipoh Ke Belum?" saja icon_lol
  • Posted: 20.06.2010, 08:43
     
    balqis_humairah
    rank:
    Regularly posting! Regularly posting!
    registered:
     June 2010
    Status:
    offline
    last visit:
    06.09.10
    Posts:
    53
    hahaha

Bookmark & Share: Mister Wong iconTechnorati iconDigg icondel.icio.us iconma.gnolia iconFurl iconNewsvine iconReddit iconYahoo MyWeb iconBlinkbits iconGoogle iconSimpy iconBlogmarks icon